Posts

Showing posts from August, 2018

Laporan IFSC

Laporan International Future Scientist Conference (iFSC) 2018 Pada 24 Julai sehingga 26 Julai yang lepas, program International Future Scientist Conference (iFSC) telah diadakan di Auditorium Pusat PERMATApintar® Negara. Program ini   merupakan salah satu program untuk pelajar level 2 Kolej PERMATApintar® untuk membentangkan hasil penyelidikan mereka yang telah dijalankan selama setahun. Selain daripada pelajar Kolej PERMATApintar, terdapat juga pelajar-pelajar lain yang turut serta dalam program ini. Pada tahun ini, terdapat seramai 4 orang pelajar dan seorang guru pengiring dari Shibata High School yang terletak di Jepun turut hadir dalam program ini.   Majlis perasmian program ini diadakan pada 24 Julai 2018 jam 2.30 petang. Majlis bermula dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Varsiti Kita. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Pusat PERMATApintar® Negara, Prof. Datuk Dr. Noriah binti Mohd. Ishak. Setelah Prof. Noriah selesai memberik...