Sekatan EU terhadap minyak sawit
Baru-baru ini, negara kita berhadapan dengan krisis tentang isu sekatan minyak sawit oleh Kesatuan Eropah (European Union). Dalam resolusi parlimen Eropah, biofuel telah dikecualikan daripada senarai tenaga yang boleh diperbaharui. Secara rasminya, mereka mengatakan bahawa langkah ini dijalankan untuk menyelematkan hutan hujan tropika. Pada pandangan ketiga-tiga buah negara yang menghasilkan minyak sawit ini iaitu Thailand, Indonesia dan Malaysia pula, resolusi ini merupakan satu diskriminasi terhadap bahan hasilan tempatan. Ketiga-tiga buah negara ini juga mendakwa bahawa langkah ini dilakukan untuk melindungi industri minyak negara Itali , Sepanyol dan Greece yang semakin merosot. Jikalau sekatan ini dilaksankan menjelang tahun 2021, ramai rakyat Malaysia yang akan terjejas. Hal ini disebabkan Malaysia merupakan salah satu negara pengeksport utama minyak sawit dan minyak sawit merupakan penyumbang ut...