Sekatan EU terhadap minyak sawit
Baru-baru ini, negara kita berhadapan dengan krisis tentang isu
sekatan minyak sawit oleh Kesatuan Eropah (European Union). Dalam resolusi
parlimen Eropah, biofuel telah dikecualikan daripada senarai tenaga yang boleh
diperbaharui. Secara rasminya, mereka mengatakan bahawa langkah ini dijalankan
untuk menyelematkan hutan hujan tropika. Pada pandangan ketiga-tiga buah negara
yang menghasilkan minyak sawit ini iaitu Thailand, Indonesia dan Malaysia pula,
resolusi ini merupakan satu diskriminasi terhadap bahan hasilan tempatan.
Ketiga-tiga buah negara ini juga mendakwa bahawa langkah ini dilakukan untuk
melindungi industri minyak negara Itali , Sepanyol dan Greece yang semakin
merosot.
Jikalau sekatan ini dilaksankan menjelang tahun 2021, ramai rakyat Malaysia yang akan terjejas. Hal ini disebabkan Malaysia merupakan salah satu negara pengeksport utama minyak sawit dan minyak sawit merupakan penyumbang utama eksport negara dengan nilaian eksport lebih RM60 bilion setahun. Negara Kesatuan Eropah juga merupakan pengimport kedua terbesar minyak sawit dan dapat jelas dilihat bahawa ekonomi negara kita akan terjejas jikalau sekatan dilakukan di atas barangan ini.
Oleh itu, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah supaya sekatan ini dapat dibatalkan. Antaranya adalah mengancam untuk mengambil langkah mengurangkan dagangan ataupun membuat embargo terhadap negara EU. Kerajaan juga akan membuat bantahan rasmi melalui Ikatan Koperasi Antarabangsa supaya resolusi EU dapat dibatalkan. Kerajaan Malaysia juga telah menghantar surat bantahan kepada 27 negara EU yang akan melaksanakan resolusi tersebut.
Sehingga kini, hanya negara Perancis yang tidak menyokong resolusi EU walaupun negara tersebut merupakan salah satu negara pengasas kesatuan ini. Menteri Pertahanan Perancis, Florence Parly, mengatakan bahawa Kerajaan Perancis amat memahami kepentingan industri minyak kelapa sawit kepada ekonomi Malaysia. Beliau juga berkata, "Secara ringkasnya, Malaysia boleh bergantung kepada Perancis (untuk membantu dalam isu minyak sawit),"
Comments
Post a Comment