Posts

Showing posts from July, 2018

Jawapan Rumusan (https://pppnukm.files.wordpress.com/2013/01/pengukuhan.pdf)

Petikan membincangkan kebaikan penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik di Malaysia. Antara kebaikannya adalah membolehkan pesakit-pesakit kronik mendapatkan bantuan kewangan. Selain itu, mereka tidak perlu merayu kepada orang ramai. Di samping itu, orang ramai dapat menyalurkan sumbangan secara sistematik. Seterusnya, pesakit tidak perlu memainkan sentimen simpati orang ramai untuk mendapatkan derma. Lebih-lebih lagi, semua pesakit akan mendapat rawatan yang sama tanpa mengira kekayaan. Akhir sekali, sumbangan dapat disalurkan dengan lebih telus dan terhormat. Antara sebab-sebab penubuhan badan khas ini adalah untuk memberi bantuan kepada pesakit kronik yang kurang berkemampuan dan menggalakkan orang ramai untuk membantu pesakit yang miskin dengan menderma. Kesimpulannya, pihak kerajaan dan masyarakat haruslah berganding bahu menubuhkan badan khas bagi membantu pesakit kronik di Malaysia agar pesakit-pesakit kronik ini mendapatkan bantuan yang diperlukan.

LATIHAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

SOALAN PERIBAHASA LATIHAN 1  Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.  (i) Ratu cantik itu kelihatan cantik dan anggun sekali bersama-sama peserta ratu cantik yang lain di atas pentas.  Laksana bulan dipagari bintang (ii) Encik Mutalib merotan anaknya sehingga berdarah akibat berkelakuan tidak senonoh dengan mengganggu gadis-gadis kampung yang pergi dan balik dari tempat kerja.  Seperti ayam patuk anaknya (iii) Bandar raya Shah Alam menjadi tumpuan orang dari daerah dan negeri lain kerana terdapat banyak peluang pekerjaan .  Ada gula, ada semut LATIHAN 2  Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.  (i) Walaupun Haji Ahmad seorang yang berharta tetapi hidupnya bukanlah sentiasa senang, kadangkala terpaksa meminjam daripada saudara-mara untuk membayar yuran pelajaran anak-...

SOALAN TATABAHASA SPM ANALISIS AYAT BERUNSUR KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

SET RAMALAN 1 Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat. Vincent Chong menghadiahi Zalipah sebuah novel bersempena dengan hari jadinya yang ke-14. (i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas. FN+FK (ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas. Subjek: Vincent Chong Predikat: Menghadiahi Zalipah sebuah novel bersempena dengan hari jadinya yang ke-14 (iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif. Zalipah dihiadiahi sebuah novel oleh Vincent Chong bersempena dengan hari jadinya yang ke-14. (iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang. Menghadiahi Zalipah sebuah novel bersempena dengan hari jadinhya yang ke-14 Vincent Chong. (v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas. Dengan (vi) Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas. -nya SET RAMALAN 2 Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengi...