Jawapan Rumusan (https://pppnukm.files.wordpress.com/2013/01/pengukuhan.pdf)


Petikan membincangkan kebaikan penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik di Malaysia.

Antara kebaikannya adalah membolehkan pesakit-pesakit kronik mendapatkan bantuan kewangan. Selain itu, mereka tidak perlu merayu kepada orang ramai. Di samping itu, orang ramai dapat menyalurkan sumbangan secara sistematik. Seterusnya, pesakit tidak perlu memainkan sentimen simpati orang ramai untuk mendapatkan derma. Lebih-lebih lagi, semua pesakit akan mendapat rawatan yang sama tanpa mengira kekayaan. Akhir sekali, sumbangan dapat disalurkan dengan lebih telus dan terhormat.

Antara sebab-sebab penubuhan badan khas ini adalah untuk memberi bantuan kepada pesakit kronik yang kurang berkemampuan dan menggalakkan orang ramai untuk membantu pesakit yang miskin dengan menderma.

Kesimpulannya, pihak kerajaan dan masyarakat haruslah berganding bahu menubuhkan badan khas bagi membantu pesakit kronik di Malaysia agar pesakit-pesakit kronik ini mendapatkan bantuan yang diperlukan.

Comments

Popular posts from this blog

Contoh Jawapan Rumusan SPM

Kepentingan aktiviti riadah