SOALAN TATABAHASA SPM ANALISIS AYAT BERUNSUR KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

SET RAMALAN 1
Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.

Vincent Chong menghadiahi Zalipah sebuah novel bersempena dengan hari jadinya yang ke-14.

(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.

FN+FK

(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.

Subjek: Vincent Chong
Predikat: Menghadiahi Zalipah sebuah novel bersempena dengan hari jadinya yang ke-14

(iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.

Zalipah dihiadiahi sebuah novel oleh Vincent Chong bersempena dengan hari jadinya yang ke-14.

(iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.

Menghadiahi Zalipah sebuah novel bersempena dengan hari jadinhya yang ke-14 Vincent Chong.

(v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.

Dengan

(vi) Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.

-nya




SET RAMALAN 2

Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.

Guru mengajar murid-murid di dalam kelas itu subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.

(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.

FN+FS
(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.

Subjek: Guru mengajar murid-murid di dalam kelas itu subjek Matematik Tambahan
Predikat: Agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.

(iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.

Murid-murid di dalam kelas itu diajar oleh guru subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.

(iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.

Agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun, guru mengajar murid-murid di dalam kelas itu subjek Matematik Tambahan.

(v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.

Agar

(vi) Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.

Untuk



SET RAMALAN 3

Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.

Abang saya yang sulung memberi ayah wang untuk menjalani pembedahan di hospital swasta yang terletak di Kuala Lumpur.

(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.

FN+FK

(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.

Subjek: Abang saya yang sulung
Predikat: Memberi ayah wang untuk menjalani pembedahan di hospital swasta yang terletak di Kuala Lumpur.

(iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.

Ayah  diberi wang oleh abang saya yang sulung untuk menjalani pembedahan di hospital swasta yang terletak di Kuala Lumpur.

(iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.

Untuk menjalani pembedahan di hospital swasta yang terletak di Kuala Lumpur abang saya yang sulung memberi ayah wang.

(v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.

Yang

(vi) Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.

Untuk



SET RAMALAN 4

Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menganugerahi mantan Perdana Menteri itu bintang kehormatan di Istana Negara.

(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.

FN+FK

(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.

Subjek: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Predikat: Menganugerahi mantan Perdana Menteri itu bintang kehormatan di Istana Negara.

(iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.

Mantan Perdana Menteri itu dianugerahi bintang kehormatan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. 

(iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.

Di Istana Negara, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menganugerahi mantan Perdana Menteri  itu bintang kehormatan. 

(v) Senaraikan satu kata nama khas yang terdapat dalam ayat di atas.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

(vi) Senaraikan satu bahasa istana yang terdapat dalam ayat di atas.

 Menganugerahi



SET RAMALAN 5

Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.

Cik Yong suka membaca buku cerita pada masa lapang manakala Cik Susan suka menanam pokok bunga pada hujung minggu.

(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.

FN+ FK

(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.

Subjek: Cik Yong
Predikat: Suka membaca buku cerita pada masa lapang manakala Cik Susan suka menanam pokok bunga pada hujung minggu.

(iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.

Pokok bunga suka ditanam oleh  Cik Susan pada hujung minggu manakala buku cerita suka dibaca oleh Cik Yong pada masa lapang.

(iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.

Suka membaca buku cerita pada masa lapang Cik Yong manakala suka menanam pokok bunga pada hujung minggu Cik Susan.

(v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.

Manakala

(vi) Senaraikan satu kata majmuk yang terdapat dalam ayat di atas.

pokok bunga




SET RAMALAN 6

Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.

Biduanita yang bersuara merdu itu telah menghembuskan nafas terakhir di sisi anak tunggalnya pada malam Jumaat yang tenang.

(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.

FN+FK

(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.

Subjek: Biduanita yang bersuara merdu itu
Predikat: Telah menghembuskan nafas terakhir di sisi anak tunggalnya pada malam Jumaat yang tenang.

(iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.

Nafas terakhir telah dihembuskan oleh biduanita yang bersuara merdu itu di sisi anak tunggalnya pada malam Jumaat yang tenang.

(iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.

Telah menghembuskan nafas terakhir di sisi anak tunggalnya biduanita yang bersuara merdu itu  pada malam Jumaat yang tenang. 

(v) Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.

Pada

(vi) Senaraikan satu perkataan berimbuhan pinjaman yang terdapat dalam ayat di atas.

Biduanita




SET RAMALAN 7

Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.

Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning hanya meraih tempat ketiga dalam pertandingan bicara berirama peringkat daerah yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama Kementerian Pendidikan Malaysia.

(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.

FN+FS

(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.

Subjek: Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kamunting 
Predikat: Hanya meraih tempat ketiga dalam pertandingan bicara berirama peringkat daerah yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama Kementerian Pendidikan Malaysia.

(iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.

Tempat ketiga hanya diraih oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kamunting dalam pertandingan bicara berirama peringkat daerah yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama Kementerian Pendidikan Malaysia.

(iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.

Hanya meraih tempat ketiga dalam pertandingan bicara berirama peringkat daerah yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama Kementerian Pendidikan Malaysia  Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kamunting.

(v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.

Yang

(vi) Senaraikan satu kata bilangan yang terdapat dalam ayat di atas.

Ketiga






SET RAMALAN 8

Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.

Pada minggu lalu, lembu yang menanduk kereta ayah saya itu menanduk kereta Ahmad pula.

(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.

FN+FK

(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.

Subjek: Pada minggu lalu, lembu yang menanduk kereta ayah saya itu 
Predikat: Menanduk kereta Ahmad pula.

(iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.

Kereta Ahmad pula ditanduk oleh lembu yang menanduk kereta ayah saya itu pada minggu lalu.

(iv) Tukarkan ayat bersusunan songsang di atas kepada ayat bersusunan biasa.

Lembu yang menanduk kereta ayah saya itu menanduk kereta Ahmad pula pada minggu lalu.

(v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.

Yang

(vi) Senaraikan satu kata nama am yang terdapat dalam ayat di atas

Lembu







SET RAMALAN 9

Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.

Bahawa ujian bulan Januari akan bermula pada pukul 10 pagi diterangkan oleh guru bertugas, Puan Siti Zharafiyah Shaerra.

(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.

FS+FN

(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.

Subjek: Guru bertugas, Puan Siti Zharafiyah Shaerra
Predikat: Bahawa ujian bulan Januari akan bermula pada pukul 10 pagi diterangkan oleh

(iii) Tukarkan ayat pasif di atas kepada ayat aktif.

Guru bertugas, Puan Siti Zharafiyah Shaerra menerangkan bahawa ujian bulan Januari akan bermula pada pukul 10 pagi.

(iv) Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.

Pada

(v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.

Bahawa

(vi) Senaraikan satu kata nama am yang terdapat dalam ayat di atas

Guru bertugas



SET RAMALAN 10

Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.

Sungguhpun badannya letih selepas bekerja seharian, Alilah Sherry tetap menghadiri majlis perayaan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk di kawasan tempat tinggalnya.

(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.

FS+FN

(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.

Subjek: Alilah Sherry tetap menghadiri majlis perayaan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk di kawasan tempat tinggalnya 

Predikat: Sungguhpun badannya letih selepas bekerja seharian

(iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.

Sungguhpun badannya letih selepas bekerja seharian, majlis perayaan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk di kawasan tempat tinggalnya tetap dihadiri oleh Alilah Sherry.

(iv) Tukarkan ayat bersusunan songsang di atas kepada ayat bersusunan biasa.

Alilah Sherry tetap menghadiri majlis perayaan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk di kawasan tempat tinggalnya sungguhpun badannya letih selepas bekerja seharian.

(v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.

Yang

(vi) Senaraikan satu perkataan yang berimbuhan apitan yang terdapat dalam ayat di atas

Menghadiri














Comments

Popular posts from this blog

Contoh Jawapan Rumusan SPM

Kepentingan aktiviti riadah