Jawapan latihan pengukuhan tatabahasa 2018

a) 

i) Ibu pulang ke rumah menaiki teksi.
ii) Pulangan penjualan ikan amat menguntungkan.
iii) Abu memulangkan duit yang dipinjam dari Ah Cheong semalam.
iv) Akta yang membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan itu tidak mansuh lagi.
v) Pemansuhan cukai barangan menyebabkan jualan kereta melonjak.
vi) Kerajaan berjanji untuk memansuhkan cukai yang membebankan rakyat.

b)

Kumar menegur Daniel dan bertanyakan beliau hendak ke mana.
Daniel berkata bahawa dia tidak ke mana-mana dan hanya ingin mengambil angin sebentar.
Kumar meluahkan perasaan kagum terhadap Daniel yang boleh menjawab semua soalan fizik sebentar tadi.
Daniel menafikannya dan berkata bahawa perkara tersebut biasa sahaja bagi dia.
Kumar bertanya tentang rahsia Daniel yang semakin bijak.
Daniel menyatakan bahawa beliau sekadar membuat ulangkaji dan belajar dengan abangnya sahaja serta tidak mempunyai apa-apa rahsia.

c)

Kesalahan ejaan
i)   pelangan - pelanggan 
ii)  tersuhur - tersohor 
iii) berteknoloji- berteknologi

Kesalahan imbuhan 
i)   meletak - meletakkan
ii)  akaun - perakaunan 
iii) mendalamkan - mendalami

d)

Kesalahan penggunaan istilah

i)   meluas - menyeluruh
ii)  merempuh - menempuh
iii) pemberian - pendermaan

Kesalahan bahasa

i)   ibu bapa awasi - diawasi oleh ibu bapa
ii)  di - pada
iii) supaya - untuk

i) aur dengan tebing
ii) kalau tidak dipecahkan ruyungnya, manakan dapat sagunya.
iii) muafakat membawa berkat

Comments

Popular posts from this blog

Contoh Jawapan Rumusan SPM

Kepentingan aktiviti riadah