Posts

Soalan 3 https://pppnukm.files.wordpress.com/2012/09/johor-bm2.pdf 1. Emak pesan saya untuk membelikan sebotol susu di pasar raya. 2. Ayah memesan dua pinggan nasi goreng kerana lapar. 3. Abu berpesan supaya tidak ke sungai itu kerana terdapat buaya di sana. 4. "Lipat baju kamu itu." pesan ibu kepada adik. 5. Daniel sedang melipat baju dia. 6. Baju yang berlipat di atas kerusi itu milik adik. Malaysia menjadi destinasi tarikan pelancong kerana mempunyai beberapa buah pulau yang indah. Kerajaan telah berusaha dengan gigih untuk mempromosikan Malaysia dengan mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia. Kerajaan Malaysia juga menganjurkan pertandingan sukan bertaraf antarabangsa supaya banyak pelancong datang ke Malaysia. (dua ayat sahaja gabung dalam spm) 1.  restoran nasi kandar kapitan -  Restoran Nasi Kandar Kapitan      memulai - memulakan 2. compang camping - compang-camping     pemerhatian -perhatian 3.  sayogia -...

Jawapan Kertas 2 Bahasa Melayu, Percubaan SPM Pulau Pinang 2018

Image
Jawapan Soalan 1 - Rumusan Jawapan Soalan 2 Jawapan Soalan 3 - Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa Jawapan Soalan 4 - Novel

Kosa Kata yang boleh digunakan dalam struktur ayat

1. Polemik Sejak kebelakangan ini, isu buli kerap menjadi polemik dalam kalangan masyarakat. 2. Marhaen Golongan marhaen haruslah mengikuti undang-undang yang telah ditetapkan. 3. Kulawarga Kulawarga yang harmoni memberi persekitaran yang baik kepada anak-anak berkembang. 4. Dasawarsa Pada dasawarsa ini, ilmu pengaturcaraan komputer semakin dititikberatkan. 5. Ikhtisar Pelajar haruslah memberi ikhtisar dalam perbincangan. 6. Tamsil Terdapat pelbagai cara ibu bapa boleh mendidik anak-anak. Tamsilnya, menjadi 7. Wasilah Kita haruslah tidak melupakan wasilah yang terjalin antara rakan-rakan. 8. Nirmala Kilah merupakan seorang yang Nirmala. 9. Sakinah Seseorang akan mendapat sakinah yang berpanjangan apabila seseorang itu mengikuti ajaran agama. 10. Sinergi Kakitangan dalam syarikat itu mempunyai sinergi yang tinggi. 11. Uslub Membaca merupakan salah satu uslub untuk mendapat ilmu. 12. Prakarsa Prakarsa utama dalam membanteras gejala bul...

Jawapan latihan pengukuhan tatabahasa 2018

a) i)  Tangan saya penuh dengan cakar kucing. ii) Kucing itu mencakar saya apabila saya tersepaknya. iii) Pasangan suami isteri itu kekadang mesra kekadang bercakaran. iv) Bunyi dari rumah yang terbiar itu menyebabkan Abu mengambil langkah seribu untuk meninggalkan kawasan tersebut. v) Telefon bimbit Juan berbunyi. vi) Bunyi dari telefon bimbit Abu sebunyi dengan bunyi telefon bimbit Hasrul. b) Siti bertanya kepada Faiz mengapa beliau tidak hadir ke latihan zapin semalam. Faiz menjawab bahawa kaki dia sakit kerana terjatuh dari tangga semalam. Siti pun bertanyakan kenapa Faiz boleh terjatuh dari tangga. Faiz menyatakan bahawa dia tidak perasan ada satu anak tangga lagi sewaktu dia menuruni tangga datuk dia. Siti mencadang kepada Faiz untuk pergi berurut dengan tukang urut untuk membetulkan urat saraf dia. Faiz bersetuju dan dengan Siti dan menjelaskan bahawa beliau akan pergi berurut di kampung sebelah pada petang nanti. c) Kesalahan Ejaan i)  kriatif- kr...

Jawapan latihan pengukuhan tatabahasa 2018

a)  i) Ibu pulang ke rumah menaiki teksi. ii) Pulangan penjualan ikan amat menguntungkan. iii) Abu memulangkan duit yang dipinjam dari Ah Cheong semalam. iv) Akta yang membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan itu tidak mansuh lagi. v) Pemansuhan cukai barangan menyebabkan jualan kereta melonjak. vi) Kerajaan berjanji untuk memansuhkan cukai yang membebankan rakyat. b) Kumar menegur Daniel dan bertanyakan beliau hendak ke mana. Daniel berkata bahawa dia tidak ke mana-mana dan hanya ingin mengambil angin sebentar. Kumar meluahkan perasaan kagum terhadap Daniel yang boleh menjawab semua soalan fizik sebentar tadi. Daniel menafikannya dan berkata bahawa perkara tersebut biasa sahaja bagi dia. Kumar bertanya tentang rahsia Daniel yang semakin bijak. Daniel menyatakan bahawa beliau sekadar membuat ulangkaji dan belajar dengan abangnya sahaja serta tidak mempunyai apa-apa rahsia. c) Kesalahan ejaan i)   pelangan - pelanggan...

Laporan IFSC

Laporan International Future Scientist Conference (iFSC) 2018 Pada 24 Julai sehingga 26 Julai yang lepas, program International Future Scientist Conference (iFSC) telah diadakan di Auditorium Pusat PERMATApintar® Negara. Program ini   merupakan salah satu program untuk pelajar level 2 Kolej PERMATApintar® untuk membentangkan hasil penyelidikan mereka yang telah dijalankan selama setahun. Selain daripada pelajar Kolej PERMATApintar, terdapat juga pelajar-pelajar lain yang turut serta dalam program ini. Pada tahun ini, terdapat seramai 4 orang pelajar dan seorang guru pengiring dari Shibata High School yang terletak di Jepun turut hadir dalam program ini.   Majlis perasmian program ini diadakan pada 24 Julai 2018 jam 2.30 petang. Majlis bermula dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Varsiti Kita. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Pusat PERMATApintar® Negara, Prof. Datuk Dr. Noriah binti Mohd. Ishak. Setelah Prof. Noriah selesai memberik...

Jawapan Rumusan (https://pppnukm.files.wordpress.com/2013/01/pengukuhan.pdf)

Petikan membincangkan kebaikan penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik di Malaysia. Antara kebaikannya adalah membolehkan pesakit-pesakit kronik mendapatkan bantuan kewangan. Selain itu, mereka tidak perlu merayu kepada orang ramai. Di samping itu, orang ramai dapat menyalurkan sumbangan secara sistematik. Seterusnya, pesakit tidak perlu memainkan sentimen simpati orang ramai untuk mendapatkan derma. Lebih-lebih lagi, semua pesakit akan mendapat rawatan yang sama tanpa mengira kekayaan. Akhir sekali, sumbangan dapat disalurkan dengan lebih telus dan terhormat. Antara sebab-sebab penubuhan badan khas ini adalah untuk memberi bantuan kepada pesakit kronik yang kurang berkemampuan dan menggalakkan orang ramai untuk membantu pesakit yang miskin dengan menderma. Kesimpulannya, pihak kerajaan dan masyarakat haruslah berganding bahu menubuhkan badan khas bagi membantu pesakit kronik di Malaysia agar pesakit-pesakit kronik ini mendapatkan bantuan yang diperlukan.