Posts

Showing posts from February, 2018

Latihan Peribahasa (https://pppnukm.files.wordpress.com/2013/01/latihan-peribahasa.pdf)

Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut. Latihan 1: 1. bagaikan kera mendapat bunga - sesuatu yang tidak dihargai Contoh penggunaan:   Lim mencampakkan mainan tersebut yang dihadiahkan oleh Arnold ke dalam tong sampah bagaikan kera mendapat bunga. 2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit- disebabkan seseorang, semua                    menanggung malu Contoh penggunaan: Sekolah kami menanggung malu yang teramat kerana Amir disalahkan mencuri barangan tersebut. Bak kata pepatah, kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit. 3. burung terbang dipipiskan lada- mengharapkan sesuatu yang masih belum pasti dapat dimiliki. Contoh penggunaan: Amir bagaikan burung terbang dipipiskan lada kerana berangan-angan untuk mendapatkan juara pertandingan menyanyi walaupun beliau tidak berlatih untuk pertandingan tersebut. 4. menegakkan benang yang basah- cuba m...

Latihan Pola Ayat (https://pppnukm.files.wordpress.com/2013/01/120-soalan-latihan-pola-ayat-s.pdf)

Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN +FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS). 1.   Aishah anak sulung guru Matematik sekolah kami.          FN+FN 2. Saya yakin bahawa rakan-rakan sekelas saya sangat rajin.          FN+FA 3. Rombongan yang akan menyertai ekspedisi berkayak telah bertolak. .          FN+FK 4. Yang belum ke sekolah lagi ialah adik kerana baru berusia tiga tahun.          FS+FA 5. Seorang pelajar akan ke Kuala Lumpur bersama-sama rombongan itu.          FN+FN 6. Semua lapan orang anggota pasukan lari berganti-ganti sekolah kita cerdas.          FN+FA 7. Beberap...

Latihan Kesalahan Ejaan dan Imbuhan (https://pppnukm.files.wordpress.com/2013/01/kesalahan-ejaan-imbuhan.pdf)

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Jawapan: 1. Pengusaha ternakan ayam diminta tidak menjual ayam ternakan mereka dengan harga tinggi sesuka hati kepada pemborong ayam. 2. Pembinaan jambatan di kampung itu tergendala selama beberapa bulan kerana masalah bekalan simen. 3. Junainah hanya berdiam diri apabila disindir oleh rakan setugasnya kerana dia tidak mahu membesar-besarkan cerita yang dianggap remeh itu. 4. Perompak yang sangat berbahaya itu berjaya diberkas berdasarkan bukti yang ditemui oleh pihak polis. 5. Semua pelajar di sekolah itu diwajibkan melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum yang dijalankan. 6. Walaupun telah lama berada di luar negara , sikap Daud yang keanak-anakan masih tidak berubah.   7. Satu laporan lengkap tentang kejadian kemalangan...