Fun Run, The Asasi Games 2018

       
             


             Telah hampir seminggu program The Asasi Games telah pun berlangsung. Program ini yang buat julung kalinya diadakan telah berlangsung dengan jayanya. Program ini diadakan dengan kerjasama di antara Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.program ini  ini dianjurkan bertujuan menyediakan jaringan hubungan antara program-program ASASI universiti awam Malaysia serta menggalakkan pelajar membabitkan diri dalam aktiviti sukan, membentuk graduan yang sihat dari segi mental dan cergas fizikal serta mahasiswa yang berdaya saing, tahan lasak dan kreatif. Antara acara-acara yang dipertandingkan ialah Ragbi, Bola Sepak, futsal, dota 2 dan banyak lagi.Penulis telah mengambil bahagian sebagai seorang peserta Fun Run yang merupakan sebahagian daripada The Asasi Games pada 28 Januari yang lepas. Penulis telah berjaya menghabiskan larian sejauh 5km dalam masa 40 minit. Walaupun rekod itu tidak memberangsangkan, tetapi penulis berasa bangga kerana dapat memecah rekod sendiri dan juga menghabiskan larian tersebut. Sekian sahaja untuk sekarang. Berjumpa lagi dalam warkah yang seterusnya.

Comments

Popular posts from this blog

Contoh Jawapan Rumusan SPM

Kepentingan aktiviti riadah