Latihan Peribahasa (https://pppnukm.files.wordpress.com/2013/01/latihan-peribahasa.pdf)
Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada
peribahasa tersebut.
Latihan 1:
1. bagaikan kera mendapat
bunga -sesuatu yang tidak
dihargai
Contoh penggunaan: Lim mencampakkan mainan tersebut yang dihadiahkan oleh Arnold ke dalam tong
sampah bagaikan kera mendapat bunga.
2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya
terpalit- disebabkan
seseorang, semua menanggung malu
Contoh penggunaan: Sekolah kami menanggung malu yang teramat kerana
Amir disalahkan mencuri barangan tersebut. Bak kata pepatah, kerana lembu
seekor membawa lumpur, semuanya terpalit.
3. burung terbang dipipiskan
lada-mengharapkan sesuatu
yang masih belum pasti dapat dimiliki.
Contoh penggunaan: Amir bagaikan burung terbang dipipiskan lada
kerana berangan-angan untuk mendapatkan juara pertandingan menyanyi walaupun
beliau tidak berlatih untuk pertandingan tersebut.
4. menegakkan benang yang basah-cuba menegakkan sesuatu yang mustahil/
cuba mempertahankan perkara yang tidak benar.
Contoh penggunaan: Ahli politik itu bagai menegakkan benang yang
basah kerana masih mempertahankan pendapatnya yang tidak relevan.
5. bagaikan telur dihujung
tanduk- berada dalam
situasi yang berbahaya.
Contoh penggunaan: Afif bagaikan telur di hujung tanduk kerana dia
dikejar harimau.
6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya-tidak akan hilang martabat seseorang jika
beliau merendahkan diri.
Contoh penggunaan: Perdana Menteri tersebut telah banyak menyumbang
kepada masyarakat melalui sumbangan kewangan kepada rakyat yang memerlukan. Bak
kata pepatah, ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.
7. bagaikan tikus jatuh di
kepuk-mendapat keuntungan
secara tiba-tiba.
Contoh penggunaan: Peniaga itu bagaikan tikus jatuh di kepuk kerana
mendapat pulangan yang lumayan daripada
8. matinya semut kerana gula-
menjadi susah kerana
ketamakan.
Contoh penggunaan: Hadif ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia kerana didapati menerima wang sogokan daripada sebuah syarikat
ternama. Keadaan ini ibarat matinya semut kerana gula.
9. air dicincang tidak akan putus-persaudaraan yang erat tidak dapat
dipisahkan/perbalahan antara
adik-beradik tidak akan berpanjangan
Contoh penggunaan: Perbalahan antara dua adik-beradik tersebut tidak
akan berkekalan kerana air dicincang tidak akan putus.
10. bagaikan embun di hujung
rumput- sesuatu yang tidak
kekal.
Contoh penggunaan: kekayaan yang kita ada sekarang bagaikan embun di
hujung rumput apabila kita boros.
Latihan 2:
1. seperti mendukung biawak hidup-melakukan
pekerjaan yang membahayakan dan sukar
Contoh penggunaan: Pekerjaan Ayah Ridzuan seperti mendukung biawak
hidup kerana kerja beliau amat tinggi risikonya.
2. sudah jatuh ditimpa tangga- mendapat nasib malang secara
berterusan.
Contoh penggunaan: Raju sudah
jatuh ditimpa tangga kerana beliau ditimpa berita sedih setiap hari.
3. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati
kelaparan- urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang
lain.
Contoh penggunaan: Farah bagai kera di hutan disusukan, anak di
rumah mati kelaparan kerana sentiasa sibuk dengan urusan orang lain.
4. ditelan mati emak, dibuang mati bapak- dalam keadaan serba salah.
Contoh penggunaan: Pengetua sekolah kita berasa seperti ditelan mati
emak, dibuang mati bapak kerana beliau tidak dapat menyelamatkan seorang budak
sekolah kita daripada dilanggar kereta.
5. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah- setiap
perbuatan ada sebabnya yang tersembunyi
Contoh penggunaan: Perbuatan loh mesti ada sebab di sebaliknya kerana
kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah.
6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang- orang yang tamak akan rugi.
Contoh penggunaan: Poy akhirnya muflis akibat daripada melabur dengan
banyak supaya mendapatkan lebih banyak pulangan tetapi telah rugi. Bak kata
pepatah, bagaikan anjing dengan bayang-bayang.
7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina-sudah tahu keadaan
sebenar walaupun nampak luaran sahaja.
Contoh penggunaan: Kaunselor sekolah kita amat berpengalaman
sehingga dapat mengetahui secara mendalam apa yang berlaku dengan mendengar aduan
beberapa orang sahaja bagai sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina.
8. genggam bara api biar sampai menjadi arang- sesuatu kerja yang
sukar haruslah diteruskan sehingga berjaya.
Contoh penggunaan: Kita haruslah umpama peribahasa genggam bara api
biar sampai menjadi arang untuk mendapatkan kejayaan yang hebat.
9. bagai mencurah air ke daun keladi- perbuatan yang sia-sia
Contoh penggunaan: Nasihat Amin kepada Qalbun bagai mencurah air ke
daun keladi kerana nasihat itu tidak diendahkan dan Qalbun meneruskan dengan
perbuatannya yang tidak baik.
10. kuman di seberang laut Nampak, gajah di depan mata tak Nampak-
kesalahan orang lain banyak dinampak tetapi kesalahan diri tidak dinampak.
Contoh penggunaan: Dajia bagai kuman di seberang laut nampak, gajah
di depan mata tak nampak kerana sentiasa mengatakan kesalahan orang lain yang
juga ada pada dirinya.
Latihan 3:
1. Bagaikan lalat mengharung najis/
tahi- di mana ada rezeki, di situlah ramai orang berkumpul.
Contoh penggunaan: Bandar itu pesat kerana senang mendapat kerja. Bak
kata, bagikan lalat mengharung najis.
2. Seperti cendawan tumbuh selepas
hujan-tumbuh dengan pesat
Contoh penggunaan: Syarikat kosmetik seperti cendawan tumbuh selepas
hujan kerana mendapat permintaan yang banyak daripada orang ramai.
3. sehari sehelai benang, lama-lama
menjadi kain- usaha gigih yang berterusan
Contoh penggunaan: Walaupun tidak berjaya dalam pertandingan kali
ini, Romeo masih berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk pertandingan yang
seterusnya kerana beliau percaya bahawa sehari selembar benang, lama-lama menjadi
kain.
4. seperti pelanduk dua serupa-
mempunyai wajah yang serupa.
Contoh penggunaan: Wajah dua adik-beradik tersebut seperti pelanduk
dua serupa.
5. melentur buluh biarlah dari
rebungnya-mengajar anak biarlah dari kecil
Contoh penggunaan: Kita haruslah mendidik anak kita sejak kecil kerana
masih senang untuk menanamkan nilai moral dalamnya. Bak kata, melentur buluh
biarlah dari rebungnya.
6. seperti ular kena palu-barisan
yang bengkok-bengkok.
Contoh penggunaan: pengawas itu membetulkan barisan kelas 3A2 kerana
barisan kelas tersebut seperti ular kena palu.
7. mati semut kerana gula-menjadi
susah kerana tamak.
Contoh penggunaan: Lee umpama mati semua kerana gula kerana berjaya
ditangkap menerima rasuah daripada sebuah pekerja di bawahnya.
8. bagai mendapat durian runtuh-
mendapat keuntungan yang amat besar dan tidak dijangkakan.
Contoh penggunaan: Syarikat Hasnum bagai mendapat durian runtuh
kerana perniagaannya mendapat keuntungan yang banyak dalam jangka masa yang
pendek.
9. umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain-dua
orang yang rapat tetapi mempunyai cita-cita yang berbeza.
Contoh penggunaan: Padu dan Jalil umpama tidur sebantal tetapi mimpi
lain kerana mereka mempunyai pekerjaan yang berbeza walaupun mereka rapat sejak
kecil.
10. mendengar guruh di langit, air tempayan
dicurahkan- mengharapkan sesuatu yang tidak pasti, sesuatu yang ada
dilepaskan/diabaikan
Contoh penggunaan: Baru bagai mendengar guruh di langit, air
tempayan dicurahkan kerana telah mengabaikan tawaran untuk memasuki Universiti
Kebangsaan Malaysia untuk mencuba mendapatkan tempat di Cambridge University.
Latihan 4:
Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut.
1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam
pilihanraya itu tidak disukai oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang
ditabur tersebut mempunyai maksud yang tertentu.
Kalau tidak berada-ada,
masakan tempua bersarang rendah.
2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua
pihak yang bermusuhan telah berbaik-baik semula seperti sedia kala.
Air dicincang tidak akan
putus.
3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari
rezeki, namun kehidupan Encik Izkram masih juga susah apabila dia pulang ke
kampung halamannya.
Bagai itik pulang petang
4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya En. Mohd.
Ramsul seorang guru yang baik hari ,lemah lembut, dan penyayang.
Meriam buluh
5. Walaupun keluarga Encik Mohd. Salam cuba menyembunyikan kisah anaknya
terlibat dalam rasuah, namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada
orang ramai.
Menegakkan benang yang basah.
6. Hanya Husaini sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di
sekolah itu menganggap pelajar kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar
nakal.
Kerana nila setitik, rosak
susu sebelanga./kerana lembu seekor membawa lumpur, semua terpalit.
7. Walaupun asalnya Saidiyah seorang pelajar yang lembam namun setelah
diajar dengan bersungguh-sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam
peperiksaan itu dengan cemerlang.
Sehari selembar benang,
lama-lama menjadi kain.
8. Farislullah seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi
cuba mengambil bahagian dalam pertandingan badminton peringkat Daerah Perak
Tengah.
Ukur baju di badan sendiri/
Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.
9. Setelah merantau di India lebih tujuh tahun, akhirnya Faleh pulang dan
menetap semula di kampungnya yang terletak di Negeri Sembilan.
Seperti ikan pulang ke
lubuk.
10. Perbuatan Syaidiyah menasihati kekasihnya yang bernama Farislullah
supaya berhenti merokok sia-sia sahaja kerana tidak diendahkan sama sekali oleh
kekaksihnya itu.
Bagai mencurah air ke daun
keladi.
Bagai mencurah air ke daun keladi bermaksuh perbuatan yang sia sia
ReplyDelete