Kangaroo Maths

         Selasa, 6 Februari 2018

     Hari ini merupakan hari yang amat mencabar bagi penulis kerana subjek-subjek yang dipelajari menjadi semakin mendalam. Penulis terpaksa meluangkan lebih masa untuk membuat ulang kaji kerana subjek-subjek tersebut agak sukar untuk difahami. Oleh itu, penulis akan menguatkan semangat untuk menelaah ilmu secara dua kali ganda. Walaupun begitu, penulis redha dengannya kerana mempercayai ia adalah satu ujian daripada-Nya untuk menguatkan diri penulis. Adakah kalian tahu tentang pertandingan Kangaroo Maths? Penulis baru sedar tentang kewujudan pertandingan ini. Penulis telah membuat keputusan untuk menyertai pertandingan ini walaupun ia merupakan kali pertama penulis menyertai pertandingan ini. Penulis berasa ia merupakan peluang yang baik untuk mendedahkan diri kepada pengalaman baharu ini. Oleh itu, penulis menyaran agar semua yang membaca blog ini untuk sama-sama menyertai pertandingan ini kerana ia amat baik untuk memberikan kita pengalaman yang baharu. Di sini disertakan bersama laman sesawang untuk pertandingan ini. http://www.kangaroomath.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

Contoh Jawapan Rumusan SPM

Kepentingan aktiviti riadah