Aktiviti malam Sabtu penulis

            Semalam , Asasi Movie Premiere telah diadakan di Auditorium Pusat PERMATApintar Negara. Penulis tidak berpeluang untuk menyertai. Walaupun begitu, penulis dapat merasai betapa gemilangnya program semalam melalui media sosial rakan-rakan penulis. Penulis juga dapat melihat suasana riuh-rendah dari jauh. Antara video-video yang ditayangkan adalah vengeance. Rakan penulis juga kesempatan untuk menceritakan plot cerita tersebut kepada penulis. Walaupun melalui penceritaan, penulis dapat merasai bahawa video tersebut amat menarik. Pada waktu malam pula, penulis bermain permainan catur dengan rakan. Penulis gagal untuk menang sekali kerana lawan penulis amat hebat dalam permainan ini. Sekian sahaja untuk hari ini. Berjumpa lagi dalam warkah yang seterusnya.



Comments

Popular posts from this blog

Contoh Jawapan Rumusan SPM

Kepentingan aktiviti riadah