Rakan-rakan positif
Bermulalah hari persekolahan
setelah bercuti selama 2 hari. Adakah yang masih tidak biasa dengan rutin harian
ini? Sebenarnya, penulis masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan
persekitaran yang baharu ini. Penulis telah belajar selama 9 tahun di sekolah
lelaki sahaja dan kali ini merupakan kali pertama penulis belajar di sekolah yang
bercampur pelajar lelaki dan perempuan lebih-lebih lagi sekolah berasrama. Walaupun
begitu, penulis dikelilingi oleh rakan-rakan yang positif dan sanggup menolong
penulis untuk menyesuaikan diri di dalam persekitaran yang baharu ini. Oleh itu,
penulis di sini ingin menyaran kepada pelajar-pelajar di luar sana untuk mengelilingi
diri dengan rakan yang positif. Tolonglah rakan tersebut sebanyak yang mampu kerana
kita tidak akan tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Mana tahu yang mereka
yang akan menolong kita yang berada dalam kesusahan kelak. Sekian sahaja untuk
hari ini.
Comments
Post a Comment