Aktiviti Kokurikulum

            Aktiviti kokurikulum merupakan salah satu komponen dalam kurikulum sekolah. Pelaksanaan kokurikulum adalah seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara yang ingin mewujudkan pelajar yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan juga jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Oleh itu, penulis telah menyertai aktiviti kokurikulum yang dijalankan pada hari ini, iaitu aktiviti untuk unit beruniform. Hari ini, unit beruniform yang penulis menyertai iaitu PBSM telah mengadakan mesyuarat agung untuk memilih ahli jawatankuasa bagi tahun 2018. Mesyuarat tersebut berjalan dengan lancar dan semua ahli memberi kerjasama yang amat baik. Mesyuarat pun berakhir pada pukul 4.15 petang dan penulis pun balik untuk menyiapkan kerja rumah yang diberikan.


Comments

Popular posts from this blog

Contoh Jawapan Rumusan SPM

Kepentingan aktiviti riadah