aktiviti hujung minggu
Apakah yang kalian telah
lakukan pada hujung minggu ini? Penulis telah memulakan hari Ahad yang cerah
ini dengan mengulangkaji pelajaran terutamanya subjek matematik tambahan. Kemudiannya,
penulis telah melakukan aktiviti mengeratkan silaturahim dengan rakan-rakan
seasrama dengan bermain bola keranjang. Walaupun penulis tidak begitu hebat
dalam permainan ini, tetapi penulis berasa amat gembira kerana rakan-rakan
penulis sanggup bersabar dengan cara permainan penulis. Penulis juga diajar
cara-cara untuk melakukan lemparan bola yang terbaik dan langkah-langkah dalam
permainan tersebut. Pada waktu malam pula, penulis telah menjalankan prep untuk
kelas keesokannya seperti biasa. Berjumpa lagi pada warkah yang seterusnya. Bersiap-sedialah
untuk persekolahan esok.
Comments
Post a Comment