Jawapan Latihan Tatabahasa (https://pppnukm.files.wordpress.com/2013/01/laitan-tahabahasa-dan-istilah.pdf)


1. "Adakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak dari hotel itu?" tanya peserta pertandingan memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut.
2. Bapa saudaranya memperoleh pendapatan yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dibuat oleh dia.
3. Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sepadan,tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik daripada pemuda seorang lagi.
4. Seorang pegawai tertinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah atas tuduhan memalapkan wang syarikat tersebut.
5.Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjelajah ke seluruh negeri Melaka yang dianjurkan oleh syarikat itu.
6.Beribu-ribu ayam ternakan dimusnahkan oleh kerajaan Mexico akibat sindrom selesema burung yang menyerang di beberapa buah daerah di negara itu.
7.Semua mangsa tsunami kami pindahkan  ke pusat petempatan sementara sebaik sahaja menerima arahan daripada pihak berkuasa.
8.Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kualiti.
9.Setelah meneliti semua syarat yang ditetapkan di dalam surat perjanjian oleh peguam, akhirnya Muzammil bersetuju untuk menandatangani surat perjanjian tersebut.
10.Buku itu telah saya hantar kepada penerimanya semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut.
11. Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan hal-hal lain dan seterusnya menundakan mesyuarat tersebut.
12. Pada hari ini, masalah penggunaan dadah dalam kalangan remaja semakin membimbangkan dan jalan penyelesaian perlu diambil segera.
13. Pada masa kini, bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah usang akan dibaik pulih  bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita.
14.  Pemilik kilang yang masih berdegil untuk membuang sisa toksik ke dalam sungai akan disenaraihitamkan supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain.
15.  Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling memotong tanpa memikirkan tahap keselamatan diri mereka sendiri.
16.Ayah sangat gemar makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam goreng yang dibalut  tepung itu.
17. Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang awam, akhirnya penjenayah berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di muka pengadilan.
18. Peminat bola sepak itu sedang membincang tentang taktik permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua buah kumpulan bola sepak dari luar negara.


19. Mereka yang hadir ke majlis makan malam perdana pada malam itu terhibur dengan petikan biola seorang ahli muzik tanah air yang amat terkenal.
20. Pihak polis di negara tersebut sedang memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai masih berada dalam ibu negara berkenaan.
21. Salah seorang daripada peserta kereta lumba itu telah menarik diri daripada pertandingan kerana dua biji  tayar kereta yang dipandunya meletup.
22. Tiap-tiap pagi hari minggu, ibu akan bangunkan kami daripada tidur dan mengajak kami berjoging di taman yang berhampiran.
23. Pekerja di kilang menjahit songket itu memberi penerangan kepada kami tentang perjalanan kilang tersebut sebaik sahaja kami sampai di situ.
24. Mereka menempuh pelbagai cabaran sejak ketua keluarga itu tidak bekerja kerana terlibat dalam kemalangan.
25. Kami amat terkejut apabila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati kerana dirempuh kereta api di kawasan landasan itu.
26. Terdapat beribu-ribu ekor rusa telah diternak di kawasan ternakan Pulau Kerdas.
27. Pekerja yang mengambil cuti itu menjatuhkan tanda tangan pada borang di atas meja tersebut sebelum menyerahkan borang itu kepada pengurusnya.
28. Ibu menghadiahi kakak sebuah telefon bimbit kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
29. Sesetengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol apabila para pemain gagal menjaring gol.
30. Pengkaji di hospital itu telah mengemukakan sebuah pendapat bagi membendung wabak selesema burung daripada diluaskan kepada orang ramai.
31. Adalah dimaklumkan peragaan pakaian ini akan dirasmikan oleh seorang tokoh perniagaan yang terkenal.
32. Rakyat Malaysia perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan negara dari semasa ke semasa agar tanah air yang tercinta ini tidak akan dijajah lagi.
33. Rakyat disaran membeli barangan tempatan untuk mengurangkan pergerakan wang ke luar negara.
34. Anggota keselamatan itu sanggup bergadai nyawa untuk mempertahankan tanah air kita dari ancaman musuh.
35. Kebanyakan peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui jalan yang bersimpang-siur sebelum tiba ke garisan penamat.
36. Para peserta yang menyertai pertandingan memasak tersebut akan disediakan dengan beberapa jenis bahan masakan di ruang masakan itu.
37. Perdana Menteri menggesa pemaju-pemaju perumahan agar mempercepat kerja-kerja pembinaan rumah kos rendah yang masih terbengkalai.
38. Menurut Badan Pencegahan Rasuah,kegagalan perumahan itu adalah disebabkan oleh kelemahan pengurusan syarikat terbabit.
39. Nama jolokan artis yang terkenal itu ialah Mawi.
40. Walaupun Rajagopal mencuba untuk menyembunyikan perbuatan jenayah yang dia lakukan, namun perbuatan jahatnya itu terbongkar juga.
41. Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar, pihak berkuasa perlu memberikan pendidikan yang sewajarnya pada orang ramai.
42. Tapak sirih yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki itu diserahkan kepada pihak pengantin perempuan.
43. Pengetua telah mengaku bahawa salinan sijil yang pemuda itu tunjukkan adalah benar setelah melihat sijil asal yang dikemukakan.
44. Jabatan Perhilitan akan menjalankan penyiasatan untuk mendapatkan maklumat tentang kepupusan beberapa jenis burung di negara kita dalam tempoh satu tahun setengah.
45. Para cendekiawan mestilah memerah minda untuk sama-sama berfikir dan mencari jalan untuk mengatasi masalah pendidikan di negara kita.
46. Sekiranya surat itu hendak dikirim nanti, anda hendaklah menggunakan khidmat pos laju.
47. Hal  ini kerana cara ini lebih selamat dan mereka dapat menyiapkan tugasan itu dalam tempoh yang singkat.
48. Sehubungan dengan itu, beliau meminta ibu bapa dan pelajar terlibat supaya bersabar menunggu keputusan yang bakal diumumkan pada minggu hadapan.
49. Tumpuan kini ialah kearah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari semasa ke semasa sehingga mencecah satu tahap yang dikehendaki.
50. Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini untuk mempertingkatkan mutu barangan keluaran mereka.




















Comments

Popular posts from this blog

Contoh Jawapan Rumusan SPM

Kepentingan aktiviti riadah