Latihan Cakap Ajuk dan Pinda (https://pppnukm.files.wordpress.com/2013/01/latihan-cakap-pindah-cakap-ajuk.pdf)



Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.
“ Bagaimana dengan rancangan awak ? “ tanya Salleh.
 “ Rancangan apa? “ jawab Ani.
“ Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, “ kata Salleh.
 “ Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. “ jelas Ani.
“ Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu ! “ Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu

Jawapan:
Salleh bertanya kepada Ani tentang rancangan beliau tetapi Ani bertanya balik kepada Salleh tentang rancangan apa. Salleh mengingatkan Ani tentang rancangan mendaki gunung yang dikatakan kepadanya pada tempoh hari. Ani menjelaskan bahawa rancangan tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat pada Sabtu hadapan.  Salleh berkata pula bahawa beliau menyokong rancangan tersebut. Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu.

Latihan 2:
“Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang.......”
 “Ani tak boleh tinggal sini.Di sini bahaya,” kata Tuk Yahya sambil meneliti mata belolok anak itu. “Ani tak ada sapa-sapa,” rengek Ani lagi.
“Ya, Tuk Yahya tahu.........”
 “Ani tak mahu tinggal di rumah lagi. Nanti bom jatuh lagi. Datuk tak ada, datuk tak ada”, jelas anak itu hampir meraung.
 “Ani ada Tuk Yahya, Ani ada comot,” pujuk Tuk Yahya

Jawapan:
Ani berkata bahawa beliau tiada sesiapa dengannya dan beliau keseorangan. Sambil meneliti mata belolok anak itu, Tuk Yahya memberitahu Ani bahawa beliau tidak boleh tinggal dengannya kerana bahaya. Ani merungut sekali lagi bahawa beliau tiada sesiapa lagi kecuali datuknya dan datuknya membalas bahawa beliau tahu. Ani menjelaskan sehingga hampir meraung kepada datuknya bahawa beliau tidak mahu tinggal di rumah lagi kerana bom kemungkinan akan jatuh lagi dan datuknya tiada dengannya. Tuk Yahya memujuk Ani bahawa Ani mesti ada Tuk Yahya dan ada comot.

Latihan 3:
“Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja?” tanya Nizam. “Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan yang masih belum saya bayar,” beritahu Salim dengan perasaan sayu. “Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak gunakan duit tersebut untuk membayar yuran?” tanya Nizam dengan perasaan hairan. “Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan abang saya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini,” jelas Salim. “Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu Khairul dan jelaskan perkara yang sebenarnya,” kata Nizam. “Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat,” kata Salim.

Jawapan:
Nizam bertanya kepada Salim kenapa beliau kelihatan muram. Salim dengan perasaan sayu memberitahunya bahawa Cikgu Khairul bertanyakan beliau tentang yuran peperiksaan yang masih belum dibayar olehnya pada pagi tadi. Nizam dengan perasaan hairan bertanyakan Salim bahawa bukankah beliau mendapat biasiswa dan mengapakah beliau tidak  menggunakan duit tersebut untuk membayar yuran tersebut. Salim menjelaskan bahawa duit biasiswa tersebut telah digunakannya untuk perbelanjaan rawatan abang beliau yang baru sahaja dimasukkan ke hospital. Nizam mencadangkan kepada Salim untuk berjumpa dengan Cikgu Khairul dan menjelaskan perkara yang sebenarnya. Salim menyuarakan rasa takut kepada Nizam disebabkan Cikgu Khairul sangat garang.

Latihan 4:
 MAWI : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ?
FELIX : Mi Pedas.
 MAWI : Yalah ,minya pedas. Memang pedas......... tapi apa namanya ?
FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.
MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah?
 FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu. Inilah dia
Jawapan:
Mawi berkata bahawa mi tersebut amat sedap dan bertanyakan nama mi tersebut kepada Felix. Felix menjawab  Mi Pedas kepada Mawi. Mawi bersetuju dengan Felix bahawa mi tersebut pedas tetapi beliau ingin tahu nama mi tersebut. Felix pula menjawab nama mi tersebut ialah mi pedas. Beliau juga menyatakan bahawa Si Dolah juga mengatakan nama mi tersebut mi pedas. Mawi baru faham akan maksud jawapan Felix tadi dan bertanyakan adakah beliau sengaja masuk ke kedai tersebut untuk makan Mi Pedas. Felix menjawabnya bahawa beliau pernah berjanji untuk belanja Mawi dahulu dan mi tersebut adalah benda yang dibelanjanya.
Latihan 5:
Norhayati ......: Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?
 Norasyikin.... : Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.
Norhayati ......: Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah kita ...........................tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan?
Norsyikin ......: Sebenarnya ibu Syikin sakit                           

Jawapan:

Norhayati bertanyakan Norasyikin mengapa beliau tidak ke sekolah semalam. Norasyikin meminta maaf dan menjawabnya bahawa beliau ada hal di rumah semalam. Norhayati bertanya lagi apa hal beliau dan memintanya untuk menceritakan hal tersebut kepadanya. Beliau juga menyatakan bahawa jikalau ada apa-apa yang susah, biarlah ditanggung bersama-sama kerana mereka sudah lama berkawan. Norasyikin menjawab bahawa ibunya sakit semalam.




Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.
 Latihan 1:
 Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pandangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu.
Jawapan:
Kamariah: Negara Malaysia memang terdapat banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi kan, Aziz dan Samad?
Samad : Ya betul ,saya bersetuju dengan kamu, Kamariah. Negara ini mempunyai banyak pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah.
Aziz : Saya hairan dengan sikap kebanyakan rakyat Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.
Kamariah: Saya bersetuju dengan kamu Aziz.
Samad: Saya berasa bahawa keadaan ini berlaku kerana kekurangan promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong dalam negeri.
Aziz: Betul pandangan kamu, Samad.
Kamariah: Dalam pandangan saya, pihak swasta seperti pusat pelancongan tempatan memberikan potongan harga istimewa khas untuk pelancong tempatan.
Samad: Di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri.
 Kamariah: Saya bersetuju dengan pandangan Samad.

Latihan 2:
Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat suaminya itu dalam keadaan tergesa-gesa hendak keluar. Pak Usop mengatakan bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Limah mencadangkan agar suaminya makan nasi dahulu walaupun sibuk dengan kerja kerana dia takut suaminya akan berasa lapar . Pak Usop memberitahu ii isterinya bahawa dia hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu. Mak Limah bertanya cara suaminya hendak mendapatkan pekerjaan sekiranya dia berhenti kerja. Pak Usop menjelaskan bahawa dia hendak memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.
Jawapan:
Mak Limah: Bang, kamu tergesa-gesa hendak keluar ke mana?
Pak Usop: Saya akan berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju.
Mak Limah: Makanlah nasi dahulu sebelum kamu keluar sibuk dengan kerja-kerja kamu. Saya takut kamu lapar nanti.
Pak Usop: Saya rasa saya ingin meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi tersebut, Limah.
Mak Limah: Bagaimanakah kamu hendak mendapatkan pekerjaan jikalau kamu berhenti bekerja?
Pak Usop: Saya akan memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.

Comments

Popular posts from this blog

Contoh Jawapan Rumusan SPM

Kepentingan aktiviti riadah