Persediaan Menghadapi Peperiksaan
Peperiksaan merupakan satu kaedah yang digunakan untuk
menguji tahap penguasaan ilmu seseorang murid tersebut. Ada ramai yang agak
gementar dengan peperiksaan kerana ia mempengaruhi masa hadapan mereka
terutamanya dalam peperiksaan awam seperti UPSR, PT3, SPM dan juga STPM. Oleh itu
persediaan awal untuk peperiksaan amat penting jikalau kita hendak mendapat
markah yang cemerlang. Kita perlulah mengulangkaji pelajaran sekurang-kurangnya
2 minggu sebelum peperiksaan bermula supaya kita tidak akan terbeban untuk
belajar banyak perkara dalam masa beberapa hari sebelum peperiksaan bermula. Penulis
pun telah mengutamakan pelajaran pada kebelakangan ini kerana hanya lebih kurang
sebulan sahaja lagi peperiksaan akan bermula. Penulis telah mengurangkan masa bersukan
dari 1 jam setengah kepada 30 minit sahaja. Ini merupakan inisiatif saya supaya
saya akan lebih fokus terhadap pembelajaran.
Comments
Post a Comment