Stres / tekanan

           Stres ataupun tekanan merupakan perkara yang amat buruk kepada badan apabila ia berlanjutan untuk jangka masa yang panjang. Tekanan ini akan mendorong kepada satu jenis penyakit yang lebih kronik iaitu kemurungan ataupun dalam istilah Inggeris ‘Depression’. Kemurungan ini merupakan penyakit mental yang tidak boleh dinampak secara langsung oleh  orang lain selain daripada penghidap penyakit ini sendiri. Walaupun begitu, bukan ramai yang berani untuk meminta pertolongan orang lain. Oleh itu, kita haruslah peka dengan orang di sekeliling kita. Kembali semula kepada masalah tekanan, kita boleh mengawal tekanan kita dengan melakukan aktiviti yang kita suka seperti sukan atau membaca buku supaya kita tidak akan terhidap penyakit mental seperti depresi ini. Baru-baru ini, penulis telah berjalan-jalan di sekitar kampus melihat pemandangan yang menghijau dan mendengar kicauan burung yang dapat menenangkan jiwa penulis. Hal-hal sebegini penting untuk mengurangkan tekanan supaya hidup kita tidak akan terganggu dari segi emosi dan kita akan berasa lebih ceria. Kesimpulannya, saya menyaran kepada sesiapa yang membaca blog ini untuk menenangkan diri daripada semua perkara yang telah berlaku. Lakukanlah perkara yang anda minati. Ingat, anda merupakan sebahagian daripada sesuatu yang hebat dan kewujudan anda ditakdirkan oleh-Nya untuk sesuatu tujuan dalam dunia ini.

Comments

Popular posts from this blog

Contoh Jawapan Rumusan SPM

Kepentingan aktiviti riadah