PERMATApintar Model United Nations
Dalam masa lebih
kurang sebulan sahaja lagi, pihak Pusat PERMATApintar Negara akan menganjurkan
satu persidangan yang dipanggil PERMATApintar Model United Nations. PERMATApintar
Model United Nations ataupun nama singkatannya PERMUN merupakan satu inisiatif
untuk mengasah bakat pelajar dalam kemahiran berkomunikasi Bahasa Inggeris dan
meningkatkan kemahiran berfikir tentang isu global di dalam situasi simulasi
yang dihadapi oleh delegasi setiap negara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(UN). Persidangan ini juga telah memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk
membuka minda dalam isu-isu semasa di seluruh dunia. Sebagai contoh, pengisytiharan
Jerusalem sebagai ibu negara Israel telah menimbulkan huru-hara bukan sahaja di
antara kedua-dua negara tersebut tetapi di seluruh dunia.
Dalam persidangan ini, pelajar-pelajar akan dibahagikan kepada 10 majlis
iaitu:
Dalam persidangan ini, pelajar-pelajar akan dibahagikan kepada 10 majlis
iaitu:
1.UNHRC
United
Nations Human Rights Council
2.WHO
World Health Organization
3.ECOSOC
United Nations Economic and Social Council
4. SOCHUM
Social, Humanitarian, and Cultural Committee
5.UNSC
United Nations Security Council
6.UNHCR
United Nations High Commissioner for Refugees
7.DISEC
Disarmament and International Security Committee
8.EU
European Union
9.SPECPOL
Special Political and Decolonization Committee
10.IAEA
International Atomic Energy Agency
Pelajar akan diberikan masa untuk membuat kajian tentang
topik yang akan diberikan. Antara topik-topik yang akan diberikan adalah isu
penubuhan angkatan tentera EU, hak untuk menjaga privasi dalam dunia digital
ini dan sebagainya. Oleh itu, program ini amat bermanfaat dalam memberikan
pelajar-pelajar peluang untuk meneroka isu-isu semasa di persada dunia dan
memberikan cadangan yang terbaik untuk menyelesaikan isu tersebut.
https://www.permun.org
Comments
Post a Comment