Depresi
Kemurungan ataupun dalam istilah Inggeris 'Depression' merupakan satu penyakit mental yang dihidapi oleh ramai dalam dunia ini. Walaupun begitu, penyakit ini hanya dikenalpasti dalam sebilangan kecil orang sahaja. Hal ini disebabkan penghidap penyakit ini tidak berani untuk mendapatkan bantuan daripada orang lain dan menyimpan masalah ini dalam diri sendiri sahaja. Oleh itu, kita haruslah peka dengan orang di sekeliling kita yang menunjukkan simptom-simptom ini.Antara simptom-simptom
orang yang mempunyai kemurungan ini adalah meluahkan rasa ingin membunuh diri
kepada sahabat handainya, berasa terasing dan sedih secara berlanjutan, berasa letih
sepanjang hari, masalah pemakanan, perubahan personaliti secara mendadak dan
tidak lagi berkomunikasi dengan sahabat mahupun ahli keluarga. Semua ini boleh
berpunca daripada pelbagai faktor seperti masalah keluarga, masalah dengan
rakan, tekanan yang melampau dan sebagainya. Hal yang demikian, kita perlulah
mengawal tahap tekanan kita kerana kita sahajalah yang mengetahui masalah
dalaman kita. Kita juga perlulah sentiasa mengekalkan persahabatan kita dengan
rakan kita dan terus bertanyakan masalah rakan kita sekiranya rakan kita
kelihatan tidak begitu normal pada hari tersebut. Disertakan bersama adalah laman sesawang yang boleh membantu sesiapa yang memerlukan bantuan dalam depresi tetapi tidak berani untuk membincangkannya kepada orang lain.
https://mindspot.org.au/
https://mindspot.org.au/
Comments
Post a Comment