Latihan Kesalahan Ejaan dan Imbuhan (https://pppnukm.files.wordpress.com/2013/01/kesalahan-ejaan-imbuhan.pdf)


Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
Jawapan:
1. Pengusaha ternakan ayam diminta tidak menjual ayam ternakan mereka dengan harga tinggi sesuka hati kepada pemborong ayam.

2. Pembinaan jambatan di kampung itu tergendala selama beberapa bulan kerana masalah bekalan simen.

3. Junainah hanya berdiam diri apabila disindir oleh rakan setugasnya kerana dia tidak mahu membesar-besarkan cerita yang dianggap remeh itu.

4. Perompak yang sangat berbahaya itu berjaya diberkas berdasarkan bukti yang ditemui oleh pihak polis.

5. Semua pelajar di sekolah itu diwajibkan melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum yang dijalankan.

6. Walaupun telah lama berada di luar negara, sikap Daud yang keanak-anakan masih tidak berubah.

 7. Satu laporan lengkap tentang kejadian kemalangan yang melibatkan bas ekspres itu diserahkan kepada Menteri Pengangkutan.

8. Kosmetik yang dibuat daripada bahan yang beracun tidak dibenarkan dijual di negara ini.

9. Kedudukan Lim Ah Boon di syarikat ayahnya dicemburui oleh adik-beradiknya.

10. Panel hakim memutuskan pihak pembangkang menang dalam perdebatan itu kerana pihak pencadang gagal mengemukakan definisi tajuk perbahasan dengan tepat.

11. Beraneka jenis barang dijual di kedai yang terletak di hujung jalan itu dan harga yang ditawarkan berpatutan juga.

12. Pelancong asing yang datang ke majlis kebudayaan itu turut terhibur oleh persembahan tarian asli yang dipertontonkan.

13. Calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran diingatkan supaya menyertakan semua salinan sijil yang telah disahkan oleh pihak sekolah.

14. Kehabisan petrol menyebabkan pelumba kereta dari Ghana itu tidak dapat menamatkan perlumbaan kerana kesuntukan masa.

15. Petinju yang berbadan gempal itu berjaya menumbangkan pencabarnya pada pusingan yang kelima.

16. Oleh sebab dia menghadapi masalah kewangan, dia terpaksa menolak tawaran yang diberikan oleh pegawai harta tanah itu.

17. Masih ramai orang yang mempercayai kaedah perubatan tradisional kerana mereka menganggap kaedah tersebut mampu menyembuh pelbagai penyakit kronik.

18. Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja mengakibatkan ramai remaja tersebut terjebak dengan gejala gengsterisme.

19. Lepasan sekolah teknik dan vokasional akan diberikan peluang bagi menceburi diri dalam bidang perniagaan dan industri kecil.

20. Walaupun ditewaskan tetapi pasukan bola sepak remaja kebangsaan mempamerkan permainan yang menarik dan penuh semangat sukan. 

21. Kanak-kanak itu bertepuk tangan sebaik sahaja persembahan nyanyian sempena sambutan kemerdekaan tanah air selesai.

22. Selepas upacara perasmian dewan, pegawai daerah itu dibawa melawat ke bilik seminar.

23. Pendidikan prasekolah diperkenalkan kepada kanak-kanak dalam lingkungan usia 4 hingga 6 tahun bagi tujuan mendedahkan mereka pada persekitaran sosial.

24. Atlet yang mewakili negara dalam Sukan Asia akan menerima imbuhan sekiranya memenangi pingat dalam acara yang disertai.

25. Pemandu teksi di ibu kota sudah biasa terperangkap dalam kesesakan jalan raya terutama pada waktu puncak.

26. Pilihanraya kecil di kawasan itu bakal diadakan berikutan kematian ahli parlimennya pada awal minggu lepas.

27. Kami singgah di Restoran Dusun untuk menikmati pelbagai hidangan dan masakan tradisional Melayu pada minggu yang lalu.

28. Lima orang lelaki yang disyaki menculik anak hartawan itu telah ditangkap oleh pihak polis di sebuah gudang kosong yang terletak di Ipoh.

29. Kelayakan dalam bidang perakaunan sangat penting kepada seseorang yang ingin melibatkan diri dalam lapangan perniagaan.

30. Majlis pelancaran album baharu penyanyi popular itu telah diadakan secara besar-besaran di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

31. Jabatan Alam Sekitar akan bertindak tegas kepada mana-mana pihak yang melakukan pembakaran secara terbuka untuk menangani masalah jerebu yang semakin meruncing.

32. Jabatan Pengangkutan Jalan akan menguatkuasakan undang-undang dari semasa ke semasa untuk mendisiplinkan pengguna jalan raya terutama pada musim perayaan.

33. Sebagai anak, kita mestilah sentiasa menjaga maruah keluarga dengan menghindarkan diri daripada perbuatan yang mengaibkan keluarga.

34. Penduduk Kampung Permai sedang bergotong-royong untuk memperlebar jalan kerana bilangan kenderaan yang melalui kampung itu semakin bertambah.

 35. Dalam majlis itu, pelbagai persembahan telah diadakan sempena hari keputeraan baginda yang ke-52 tahun.

36. Mereka menyesali sikap pihak kontraktor yang tidak dapat menyiapkan projek perumahan tersebut mengikut jadual yang terdapat dalam butir-butir perjanjian.

37. Untuk sama ada komputer sentiasa selamat sama ada daripada serangan virus atau daripada penceroboh sistem komputer, beberapa panduan telah disediakan oleh pembekal.

38. “Saya mempunyai kakitangan yang berpengalaman luas dalam bidang kecantikan termasuk khidmat menggunting rambut,” katanya dengan ramah.

39. Dalam perhimpunan raksasa itu, Perdana Menteri telah menasihati rakyat supaya sentiasa bersatu padu untuk mengekalkan perpaduan yang sudah terjalin sekian lama.

40. Untuk membanteras kejadian jenayah yang semakin berleluasa, pihak kerajaan mestilah membesarkan pasukan anggota polis dengan menambahkan bilangan anggotanya.

41. Dalam sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke-51 itu, pelbagai acara telah dirancangkan termasuk acara boria yang akan dipersembahkan oleh peserta dari negeri Pulau Pinang.

42. Semua agensi kerajaan diarahkan bergabung untuk menjalankan kajian bagi mencari punca sebenarnya yang menyebabkan berlakunya banjir besar sejak beberapa hari yang lalu.

43. Kerajaan menggubal sesuatu dasar pertanian berasaskan keperluan negara dengan mengambil kira masa depan sektor pertanian supaya sektor berkenaan dapat diurus dengan lebih efisien.

44. Sistem perkhidmatan kaunter yang disediakan di semua stesen bas ekspres telah diperkenalkan bagi memudahkan pengguna serta meningkatkan perkhidmatan pengangkutan di negara kita.

45. Bersempena dengan sambutan hari ibu, kita digalakkan untuk menghadiahkan ibu kita dengan hadiah yang bertujuan untuk mengenang jasa mereka membesarkan kita sehingga dewasa.

46. Kementerian Pelajaran mendapati bahawa pelaksanaan dasar bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan matematik perlu dikaji semula untuk memperbaiki kelemahan yang timbul.

47. Berita tentang kejayaan seorang pengkaji sejarah menemukan pusara lama berusia 3000 tahun di pinggir sungai itu telah merebak ke seluruh negara.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Contoh Jawapan Rumusan SPM

Kepentingan aktiviti riadah