Latihan Peribahasa (https://pppnukm.files.wordpress.com/2013/01/latihan-peribahasa.pdf)


Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.
Latihan 1:
1. bagaikan kera mendapat bunga -sesuatu yang tidak dihargai
Contoh penggunaan:  Lim mencampakkan mainan tersebut yang dihadiahkan oleh Arnold ke dalam tong sampah bagaikan kera mendapat bunga.
2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit- disebabkan seseorang, semua                    menanggung malu
Contoh penggunaan: Sekolah kami menanggung malu yang teramat kerana Amir disalahkan mencuri barangan tersebut. Bak kata pepatah, kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit.
3. burung terbang dipipiskan lada-mengharapkan sesuatu yang masih belum pasti dapat dimiliki.
Contoh penggunaan: Amir bagaikan burung terbang dipipiskan lada kerana berangan-angan untuk mendapatkan juara pertandingan menyanyi walaupun beliau tidak berlatih untuk pertandingan tersebut.
4. menegakkan benang yang basah-cuba menegakkan sesuatu yang mustahil/ cuba mempertahankan perkara yang tidak benar.
Contoh penggunaan: Ahli politik itu bagai menegakkan benang yang basah kerana masih mempertahankan pendapatnya yang tidak relevan.
5. bagaikan telur dihujung tanduk- berada dalam situasi yang berbahaya.
Contoh penggunaan: Afif bagaikan telur di hujung tanduk kerana dia dikejar harimau.
6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya-tidak akan hilang martabat seseorang jika beliau merendahkan diri.
Contoh penggunaan: Perdana Menteri tersebut telah banyak menyumbang kepada masyarakat melalui sumbangan kewangan kepada rakyat yang memerlukan. Bak kata pepatah, ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.
7. bagaikan tikus jatuh di kepuk-mendapat keuntungan secara tiba-tiba.
Contoh penggunaan: Peniaga itu bagaikan tikus jatuh di kepuk kerana mendapat pulangan yang lumayan daripada
8. matinya semut kerana gula- menjadi susah kerana ketamakan.
Contoh penggunaan: Hadif ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana didapati menerima wang sogokan daripada sebuah syarikat ternama. Keadaan ini ibarat matinya semut kerana gula.
9. air dicincang tidak akan putus-persaudaraan yang erat tidak dapat dipisahkan/perbalahan antara  adik-beradik tidak akan berpanjangan
Contoh penggunaan: Perbalahan antara dua adik-beradik tersebut tidak akan berkekalan kerana air dicincang tidak akan putus.
10. bagaikan embun di hujung rumput- sesuatu yang tidak kekal.
Contoh penggunaan: kekayaan yang kita ada sekarang bagaikan embun di hujung rumput apabila kita boros.



Latihan 2:
1. seperti mendukung biawak hidup-melakukan pekerjaan yang membahayakan dan sukar
Contoh penggunaan: Pekerjaan Ayah Ridzuan seperti mendukung biawak hidup kerana kerja beliau amat tinggi risikonya.
2. sudah jatuh ditimpa tangga- mendapat nasib malang secara berterusan.
Contoh penggunaan:  Raju sudah jatuh ditimpa tangga kerana beliau ditimpa berita sedih setiap hari.
3. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan- urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain.
Contoh penggunaan: Farah bagai kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan kerana sentiasa sibuk dengan urusan orang lain.
4. ditelan mati emak, dibuang mati bapak- dalam keadaan serba salah.
Contoh penggunaan: Pengetua sekolah kita berasa seperti ditelan mati emak, dibuang mati bapak kerana beliau tidak dapat menyelamatkan seorang budak sekolah kita daripada dilanggar kereta.
5. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah- setiap perbuatan ada sebabnya yang tersembunyi
Contoh penggunaan: Perbuatan loh mesti ada sebab di sebaliknya kerana kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah.
6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang- orang yang tamak akan rugi.
Contoh penggunaan: Poy akhirnya muflis akibat daripada melabur dengan banyak supaya mendapatkan lebih banyak pulangan tetapi telah rugi. Bak kata pepatah, bagaikan anjing dengan bayang-bayang.
7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina-sudah tahu keadaan sebenar walaupun nampak luaran sahaja.
Contoh penggunaan: Kaunselor sekolah kita amat berpengalaman sehingga dapat mengetahui secara mendalam apa yang berlaku dengan mendengar aduan beberapa orang sahaja bagai sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina.
8. genggam bara api biar sampai menjadi arang- sesuatu kerja yang sukar haruslah diteruskan sehingga berjaya.
Contoh penggunaan: Kita haruslah umpama peribahasa genggam bara api biar sampai menjadi arang untuk mendapatkan kejayaan yang hebat.
9. bagai mencurah air ke daun keladi- perbuatan yang sia-sia
Contoh penggunaan: Nasihat Amin kepada Qalbun bagai mencurah air ke daun keladi kerana nasihat itu tidak diendahkan dan Qalbun meneruskan dengan perbuatannya yang tidak baik.
10. kuman di seberang laut Nampak, gajah di depan mata tak Nampak- kesalahan orang lain banyak dinampak tetapi kesalahan diri tidak dinampak.
Contoh penggunaan: Dajia bagai kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak kerana sentiasa mengatakan kesalahan orang lain yang juga ada pada dirinya.

Latihan 3:
1. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi- di mana ada rezeki, di situlah ramai orang berkumpul.
Contoh penggunaan: Bandar itu pesat kerana senang mendapat kerja. Bak kata, bagikan lalat mengharung najis.
2. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan-tumbuh dengan pesat
Contoh penggunaan: Syarikat kosmetik seperti cendawan tumbuh selepas hujan kerana mendapat permintaan yang banyak daripada orang ramai.
3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain- usaha gigih yang berterusan
Contoh penggunaan: Walaupun tidak berjaya dalam pertandingan kali ini, Romeo masih berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk pertandingan yang seterusnya kerana beliau percaya bahawa sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
4. seperti pelanduk dua serupa- mempunyai wajah yang serupa.
Contoh penggunaan: Wajah dua adik-beradik tersebut seperti pelanduk dua serupa.
5. melentur buluh biarlah dari rebungnya-mengajar anak biarlah dari kecil
Contoh penggunaan: Kita haruslah mendidik anak kita sejak kecil kerana masih senang untuk menanamkan nilai moral dalamnya. Bak kata, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
6. seperti ular kena palu-barisan yang bengkok-bengkok.
Contoh penggunaan: pengawas itu membetulkan barisan kelas 3A2 kerana barisan kelas tersebut seperti ular kena palu.
7. mati semut kerana gula-menjadi susah kerana tamak.
Contoh penggunaan: Lee umpama mati semua kerana gula kerana berjaya ditangkap menerima rasuah daripada sebuah pekerja di bawahnya.
8. bagai mendapat durian runtuh- mendapat keuntungan yang amat besar dan tidak dijangkakan.
Contoh penggunaan: Syarikat Hasnum bagai mendapat durian runtuh kerana perniagaannya mendapat keuntungan yang banyak dalam jangka masa yang pendek.
9. umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain-dua orang yang rapat tetapi mempunyai cita-cita yang berbeza.
Contoh penggunaan: Padu dan Jalil umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain kerana mereka mempunyai pekerjaan yang berbeza walaupun mereka rapat sejak kecil.
10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan- mengharapkan sesuatu yang tidak pasti, sesuatu yang ada dilepaskan/diabaikan
Contoh penggunaan: Baru bagai mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan kerana telah mengabaikan tawaran untuk memasuki Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mencuba mendapatkan tempat di Cambridge University.


Latihan 4:
Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut.
1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu tidak disukai oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut mempunyai maksud yang tertentu.
Kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah.
2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang bermusuhan telah berbaik-baik semula seperti sedia kala.
Air dicincang tidak akan putus.
3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, namun kehidupan Encik Izkram masih juga susah apabila dia pulang ke kampung halamannya.
Bagai itik pulang petang
4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya En. Mohd. Ramsul seorang guru yang baik hari ,lemah lembut, dan penyayang.
Meriam buluh
5. Walaupun keluarga Encik Mohd. Salam cuba menyembunyikan kisah anaknya terlibat dalam rasuah, namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang ramai.
Menegakkan benang yang basah.
6. Hanya Husaini sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah itu menganggap pelajar kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal.
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga./kerana lembu seekor membawa lumpur, semua terpalit.
7. Walaupun asalnya Saidiyah seorang pelajar yang lembam namun setelah diajar dengan bersungguh-sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan itu dengan cemerlang.
Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
8. Farislullah seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil bahagian dalam pertandingan badminton peringkat Daerah Perak Tengah.
Ukur baju di badan sendiri/ Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.
9. Setelah merantau di India lebih tujuh tahun, akhirnya Faleh pulang dan menetap semula di kampungnya yang terletak di Negeri Sembilan.
Seperti ikan pulang ke lubuk.
10. Perbuatan Syaidiyah menasihati kekasihnya yang bernama Farislullah supaya berhenti merokok sia-sia sahaja kerana tidak diendahkan sama sekali oleh kekaksihnya itu.
Bagai mencurah air ke daun keladi.

Comments

  1. Bagai mencurah air ke daun keladi bermaksuh perbuatan yang sia sia

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Contoh Jawapan Rumusan SPM

Kepentingan aktiviti riadah